Rabu, 20 Julai 2011

COKLAT DAN KUIH RAYA

Salam buat semua,
Lebih kurang sepuluh hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan , iaitu bulan yang penuh dengan barakah dan keberkatan . Semoga di bulan Ramadhan nanti kita dapat  berbuat sesuatu yang memberikan manfaat kepada diri kita dengan menambahkan amalan kita. Kita dekatkan diri dengan Allah. Mungkin juga bagi sesetangah orang , kehadiran Ramadhan memberikan peluang untuk memulakan sesuatu yan positif dengan berhenti merokok atau menurunkan berat badan.
Sempena dengan Ramadhan yang bakal menjengah , kami ingin menawarkan coklat  di bawah ini dengan harga semurah RM1.50 sahaja. Tempahlah berapa sahaja harganya tetap sama.


 Selain dari coklat, sempena dengan hari  raya, kami juga menerima tempahan untuk "CHEESE NUT COOKIES". Rasanya menang sedap. Bukan nak puji diri sendiri tapi itulah realitinya. Kalau nak rasa pun boleh tapi kena jumpa saya la. Satu pac mengandungi 60 biji. Harganya cuma RM24.00 Sahaja. Gambar dan saiznya  kat bawah ni. Macam mana nak order. Boleh call atau sms je. Senang je kan.